Saturday, June 12, 2010

Gembira dalam tangisan...


Ya Allah betapa syukur nya aku hari ini, impian menjadi kenyataan. Jadikan kejayaan ini sebagai titik permulaan untuk aku melangkah dengan lebih baik lagi..sesungguhnya,aku berharap kegembiraan ini bukan untuk kali ini sahaja tetapi akan ada kegembiraan yang akan menyusuli selepas ini..amin, meskipun perit untuk aku kecapi, alhamdulillah segalanya tiada yang mustahil. Hanya engkau yang maha mengetahui hati ini, berikan aku kekuatan untuk aku terus berbakti kepada mereka yang banyak berjasa selagi hayat ini masih ada, selagi jantung ini masih berdenyut dan selagi aku kuat untuk menghadapinya. Jadikan air mataku ini, mengalir kerana kepuasan dan berkat atas apa yang aku usahakan..amin..

No comments:

Post a Comment