Saturday, June 5, 2010

10 K DALAM PERSAHABATAN

1. KECINTAAN
  • merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada si pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita.
2.KESETIAAN
  • Terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadapnya,kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang , kita setia berada disisinya memberi sokongan.


3. KASIH SAYANG
  • Kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, InsyaAllah itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
4. KEBERANIAN
  • dalam berkata-kata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan.
5. KEIKHLASAN
  • dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah. Tidak ikhlas dalam bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
6. KEJUJURAN
  • juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
7. KEMAAFAN
  • Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnya.
8. KEGEMBIRAAN
  • begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
9. KESEDIHAN
  • apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama mereka. Tawarkanlah bahu untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain sahabat mereka.
10. KESERASIAN
  • Sememangnya manusia dijadikan Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

No comments:

Post a Comment