Wednesday, June 30, 2010



mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita,tetapi kita telah diciptakan untuk seseorang yang terbaik untuk kita..

jangan terus meratapi atau putus asa terhadap sesuatu hubungan yang belum tentu itu tapi berdoalah agar suatu hari nanti kita berjumpa dengan seseorang yang baik untuk kita..

hadapilah sahaja hidup ini dengan kuat,jadikan apa yang berlaku sebelum ini sebagai penguat semangat untuk kita lebih berjaya..

Thursday, June 24, 2010

inilah sekolah yang banyak memberi kenangan..pahit manis segalanya terasa,smge kenangan ini akan kekal dlm ingatanku..


Selamat datang ke SMK kota Masai yup..! skola ni da mnglmi byk perubhn smnjk 2 taon aku tinggalkn skola,makin cantik..



ni pula pandangn hadapn dr dataran..tu pejabat,bilik guru n sgle urusan berkaitn pelajar masok n kluar msti berurusan kat c2..


ni bawah kolong pusat sumber, nmenye skang da tuko rsenye..ppe majlis wat kat cni, tmpt ni agk byk mngglkn kngn sb kat cni la tempt aku cbuk prepare ari guru..sangt gumbira n terharu..


ni tangga nak ke pejabat n bilik guru,pelajar xbole lalu cni sesuke ati..eh cmne aku tau?hihihi,mstila sb aq bkas pngws skola..wiee


ni tmpt temenung..hihi


bilik guru..


ni tangga yg menhubungkn antara 1 blok n blok yg lain..


spe yg ngantok blajo bole singgah kat tmpt ni,mandi..klau xkne mara paling koman kne masok bilik disiplin sb ni tmpt larangan.wakakakaka


dulu waktu aku xd lak bnde ni smue,untung dak zaman skang,skola cantik,dowg plak????


tmpt ni pun dlu zaman aku xd..wawawawa


ha, ad gosip bru utk dibincgkn..disini la tmptnye..gosip bole,stdy group pun bole..

ini la die skola ku, kdg2 rse cam nk skola blk pn ad..hihi,bez sgt..so,hrgaila stiap mse anda n wat setiap detik yg ad tu berhrge sb mustahil utk kte ulang blk waktu yg da lepas..wehihi..

Tuesday, June 15, 2010

Kembara hidupku..




ha..rumah idaman hati,ummm...mampu ke aq miliki??


rumah da ada..ha nie kereta aq plak....! yg akn merasmiknnye mestilah famili aku dulu..


nie lak..ruang tamu umah aq nnti...! simple n smart..


dapur ni aq ske sb luas n senang nk wat keje memasak..



umm...almari buku mybe kne byk cket sb buku aq byk gler...!


Monday, June 14, 2010

Penderitaan mereka belum berakhir...


"Learn to help people with more than just their jobs; help them with their lives"

sesungguhnya kekejaman ISRAEL tidak akan berhenti sampai disitu,selagi umat islam di palestin masih hidup selagi itu la mereka akn terus ditindas dan dizalimi,sebagai manusia yang mempunyai sifat manusia,sekalipun tidak mampu pergi ke sana menghulurkan bantuan,ringankanlah tangan untuk berdoa supaya umat islam di sana diberi kekuatan untuk terus berjuang mendapatkn semula hak mereka di negara mereka sendiri..

Pedoman hari ini..


KEGAGALAN sering bertutur dengan kita dalam bahasa bisu, yang kita tidak fahami. Jikalau ini tidak benar, kita tidak akan membuat kesilapan yang sama berulang kali tanpa mendapat faedah daripada pengajaran yang ia mengajarkan kepada kita. Jikalau ini tidak benar, kita akan memerhati dengan lebih teliti kesilapan-kesilapan yang telah dibuat oleh orang lain dan mendapat faedah daripadanya.


" Learn from the negative as well as  the positive, from the failures as well as the success.."

Saturday, June 12, 2010

Gembira dalam tangisan...


Ya Allah betapa syukur nya aku hari ini, impian menjadi kenyataan. Jadikan kejayaan ini sebagai titik permulaan untuk aku melangkah dengan lebih baik lagi..sesungguhnya,aku berharap kegembiraan ini bukan untuk kali ini sahaja tetapi akan ada kegembiraan yang akan menyusuli selepas ini..amin, meskipun perit untuk aku kecapi, alhamdulillah segalanya tiada yang mustahil. Hanya engkau yang maha mengetahui hati ini, berikan aku kekuatan untuk aku terus berbakti kepada mereka yang banyak berjasa selagi hayat ini masih ada, selagi jantung ini masih berdenyut dan selagi aku kuat untuk menghadapinya. Jadikan air mataku ini, mengalir kerana kepuasan dan berkat atas apa yang aku usahakan..amin..

Thursday, June 10, 2010

TENGGELAM DALAM KEPUTUSAN..?


sebagai manusia,kadang2 kita tidak dapat lari dari keliru memilih sesuatu dalam hidup,puaslah kita menangis,kusut memikirkan apa yang terbaik yang patut dilakukan.. Sandarkanlah apa jua keputusan kepada Allah, InsyaALLAH selepas penat kita berusaha pasti ada yang terbaik untuk kita cuma lambat atau cepat sahaja..

FENOMENA AZAN..




subhanallah,indahnya ciptaan ALLAH,mengapa manusia terlepas pandang..?

19 KEISTIMEWAAN WANITA..?

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama saya (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah .a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah .a berkata, "saya bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.











Tuesday, June 8, 2010

friend who cares for you..

Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.


When the morning sun rises
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.


Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go further.






When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.


When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.


You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.


Monday, June 7, 2010

cinta..??

Di dunia ini, 



Hidup sepi tanpa cinta. 
Cinta pada Ilahi, 
Cinta pada sesama manusia, 
Tetapi dikala menzahirkannya, 
Kita tidak kenal batas agama, 
Kita redah dosa yang nyata, 
Pada siapa akhirnya derita, 
Jika tidak pada diri yang hina. 


Hujan cinta di ufuk timur, 
Tertebarnya asmara, 
Mengaruskan bah yang menenggelamkan semuanya, 
Hanyut remaja tiada kesudahan,
 Ternoda dek nafsu serakah manusia, 
Rakus mengejar kenikmatan sementara, 
Sedarlah wahai remaja, 
Hentikan hujan cinta ini, 
Kita masyarakat ufuk timur, 
Ada adat ada agama, 
Junjunglah ia..Peganglah ia. 

Semoga kita di dalam rahmahNya. 



Puisi ini tercipta memandangkan masyarakat  negara kita pada hari ini yang dibanjiri dengan hujan cinta yang berbau kemaksiatan terutamanya para remaja sehingga mengandungkan bayi luar nikah yang tidak berdosa tetapi akhirnya dibunuh semasa baru hendak melihat dunia hasil kekejaman remaja yang tiada nilai perikemanusiaan. Ke mana hilangnya ketamadunan remaja tersebut? Memang sah kita sekarang adalah manusia akhir zaman, agama yang menjadi pegangan goyah, adat yang dijunjung hilang bagaikan hidup ini tiada tujuan. 



Kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Paling memilukan apabila kita sendiri melihat di kaca televisyen, di paparan media cetak, malahan tersebar luas di internet betapa kasihannya melihat anak-anak kecil di bunuh sebegitu rupa dengan pelbagai cara.  Sungguh menyayat hati sehinggakan kita berfikir sejenak sudah cukup manusia kah orang yang membuat perbuatan itu, ataupun mereka itu adalah manusia yang bertopengkan haiwan?  Saya yakin, syaitan dan iblis bertepuk gembira melihat kejahilan dalam kalangan umat islam pada hari ini. 


Wahai remaja sekalian, bangkitlah menjadi ummah yang gemilang, perkenalkan jati diri yang boleh dibanggakan. Kita masyarakat ufuk timur yang punya adat dan berpegang kepada ajaranNya. 

Semoga hidup kita aman sejahtera dunia dan akhirat. 


sumber : iluvislam.com









puisi untukmu yang bergelar sahabat..








Tika aku kesepian,

Kau datang membawa kegembiraan,


Tika aku kedukaan,


Kau hadir mengubat jiwa,


Tika aku kegelisahan,


Kau di sisi memberi ketabahan.




Sahabat, 





Jika aku lupakan Yang Esa,


Ajaklah aku mengingatiNya,

Jika aku gembira tak terkata,


Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,


Jika aku bersedih tanpa bicara,


Pintalah aku agar berserah kepadaNya.




Sahabat, 





Kaulah hadiah Allah untukku,


Apa yang aku harapkan,


Adalah ukhuwah yang berkekalan,


Sehingga ke akhir hayat kita.

Ukhuwah fillah abadan abada.






kenali beliau..TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARI..




Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.
Beliau dilahirkan di Alor SetarKedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung PelepasJohormenjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa SenaiJohor.


TAN SRI LOH BOON SIEW..??


BELIAU MUNGKIN TIDAK DIKENALI DALAM KALANGAN ANAK MUDA MASA KINI, digelar hartawan dan dermawan. Berhijrah dari China ke Malaysia ketika berusia 12 tahun dan mendapat pekerjaan sebagai seorang mekanik . Beliau menambah pendapatannya yang sedikit itu dengan membasuh bas dengan kadar bayaran 10 sen sebuah kenderaan. Beliau buta huruf sepenuhnya, sehingga ke akhir hayatnya, beliau tidak dapat membaca atau menulis, namun beliau telah menyediakan pekerjaan bagi ribuan orang.

kenal ALBERT EINSTEIN..?



" TERSOROK DALAM  MASALAH  ITU ADALAH  KUNCI  BAGI  PELUANG  HEBAT  UNTUK  KITA"  Albert Einstein.




Einstein, salah seorang daripada kalau bukan satu-satunya ahli fizik terunggul zaman kita telah dilahirkan di Ulm, Jerman, pada tahun 1879.

sebagai seorang bayi beliau lewat dapat bertutur dan kemudiannya sebagai seorang murid sekolah beliau tidak banyak belajar, suka mengelamun di dalam kelas dan bertanya begitu banyak soalan sehingga guru-guru beliau menganggapnya tidak normal. Beliau gagal peperiksaan kemasukannya ke Sekolah Politeknik Zurich di Switzerland. Dikira sebagai penuntut sekolah tinggi yang tercicir, beliau terpaksa menghabiskan setahun memperbaiki kemahirannya dalam bahasa dan sains alam semula jadi di sebuah sekolah persediaan. Teori-teori beliau telah mengubah pandangan manusia mengenai alam semesta.




Saturday, June 5, 2010

JERITAN GAZA..!

10 K DALAM PERSAHABATAN

1. KECINTAAN
  • merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada si pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita.
2.KESETIAAN
  • Terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadapnya,kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang , kita setia berada disisinya memberi sokongan.


3. KASIH SAYANG
  • Kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, InsyaAllah itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
4. KEBERANIAN
  • dalam berkata-kata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan.
5. KEIKHLASAN
  • dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah. Tidak ikhlas dalam bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
6. KEJUJURAN
  • juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
7. KEMAAFAN
  • Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnya.
8. KEGEMBIRAAN
  • begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
9. KESEDIHAN
  • apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama mereka. Tawarkanlah bahu untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain sahabat mereka.
10. KESERASIAN
  • Sememangnya manusia dijadikan Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.